putih |
Setiap
insan adalah dipertanggungjawabkan untuk menjaga keselamatan
diri sendiri. Bahaya yang akan menimpa tidak mengira waktu untuk
berlaku. Justeru itu, adalah menjadi kewajipan kepada kita sebagai
mukmin yang beriman kepada Allah dan Rasul- Nya untuk mempelajari
seni mempertahankan diri bagi melindungi diri dan masyarakat
sekeliling daripada kecelakaan yang tidak diundang. Ini bersesuaian
dengan firman Allah di dalam kitab- Nya, ayat 60 surah Al- Anfal
yang bermaksud
|
la |
 |
"Dan
siapkanlah untuk menghadapi mereka(musuh) dengan kekuatan apa sahaja
yang kamu sanggupi .....".
 |
la |
Sehubungan
dengan itu, pada tanggal 13 Julai 1976 Persatuan Seni Silat
Cekak Universiti Teknologi Malaysia telah ditubuhkan di Kuala
Lumpur dan kemudiannya berpindah ke kampus Skudai pada penghujung
tahun 1986. Penubuhan ini secara tidak langsung telah menyahut
tuntutan masyarakat kampus khususnya untuk mempelajari seni
silat Melayu yang asli. |
Persatuan Seni Silat Cekak UTM (SCHUTM)
merupakan salah sebuah persatuan yang berdaftar di Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai. SCHUTM diterajui
oleh pengamal Silat Cekak Ustaz Hanafi yang terdiri daripada
mahasiswa dan mahasiswi UTM. Tahun demi tahun, persatuan ini
telah berjaya melahirkan mahasiswa/i yang bukan sahaja cemerlang
dalam ilmu persilatan iaitu Silat
Cekak Hanafi, bahkan cemerlang
di dalam akademik dan bijak berpersatuan. |
la |
 |
Silat Cekak Hanafi
adalah sejenis silat Melayu yang asli dan
mempunyai keistimewaan tersendiri malah berlainan daripada gaya
ilmu pertahanan diri yang lain. Silat ini bersih dan murni daripada
unsur- unsur tahyul dan khurafat. Kaedah pelajarannya tetap dengan
buah-buah pukulan yang cukup lagi kemas serta kunci-kunci tangkapan
yang lengkap. Pergerakannya adalah sesuai dengan gerak-geri semulajadi
manusia yang berdasarkan fikiran yang sihat,tenang dan sesuai dengan
dengan prinsip agama Islam. Silat ini mampu mendidik pengamalnya
supaya bersifat berani, berperangai baik, hidup bersaudara dan suka
membantu.
Di atas inisiatif ini, SCHUTM
bertanggungjawab dan berusaha untuk memperkenalkan
Silat Cekak Hanafi
kepada seluruh warga Universiti Teknologi
Malaysia untuk mempelajarinya bagi memartabatkan seni silat Melayu
warisan bangsa. Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk merealisasikan
matlamat persatuan dan menarik seberapa ramai ahli supaya bersama-
sama dapat merasakan kemanisan kesenian yang ditinggalkan oleh nenek
moyang kita.
|
belakang |
|
Kepada
sesiapa yang berminat dan inginkan maklumat lanjut, sila hubungi
:
Persatuan
Seni Silat
Cekak Hanafi UTM,
203-01 Arked
Meranti,
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 Skudai, Johor Darul
Ta'zim
E-mail :[email protected]
|
|